Friday, January 27, 2012

Tujuan Blog Ini Diwujudkan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana akhirnya saya create juga blog ini walaupun sebenarnya dah terlalu lama tertangguh kerana sikap suka bertangguh. heheheh. saya akan cuba menggunakan bahasa yang mudah difahami, tidak mengelirukan & straight to the point. kalau rajin, gambar pun akan saya letakkan sekali.

kenapa saya wujudkan blog ini?
1. nak mudahkan orang luar mencari informasi penting di Kemaman.
2. mungkin juga boleh jadi simple directory kepada sesiapa sahaja (orang yang singgah di kemaman, orang yang kena outstation ke kemaman, orang yang nak tinggal di kemaman & lain-lain).

Saya bukan berasal dari sini. Suami saya memang orang kemaman tetapi 16 tahun duduk di luar kemaman. bila balik kampung je ada macam-macam perubahan. Jalan, tempat, kedai, bangunan & macam-macam lagi. Bila kami berpindah duduk di kemaman pada 2009, memang agak stress. jalan short cut tak berapa pandai, nak makan char koay teow tak tau kat mana, nak beli barang hardware dengan harga murah pun tak tau (mengakibatkan kitorang selalu berbelanja lebih dari orang lain padahalnya membeli barang yang sama).

InsyaAllah saya akan kongsikan info setakat mana yang saya tahu di dalam blog ini. Diingatkan bahawa segala yang ada dalam blog ini adalah pendapat peribadi saya semata-mata. Contohnya : kalau saya kata makan di kedai A sedap & murah, itu adalah kerana tekak saya rasa sedap & pada pendapat saya harganya memang murah. sekiranya orang lain makan di kedai tersebut rasa tak sedap & berpendapat harganya mahal, itu tak dapeklah den nak tolong ya :-D masing-masing punya pendapat. jadi, janganlah digunakan untuk hentam-menghentam mana-mana pihak.

Niat & harapan saya :
1. Saya akan rajin update blog hehehehe
2. blog ini dapat membantu & memudahkan orang ramai. tak bantu banyak, sedikit pun jadilah.

Semoga Allah memberkati, merahmati & mempermudahkan semuanya. semoga ia akan menjadi amal jariah yang dapat membantu saya di akhirat kelak. Amin.

No comments:

Post a Comment