Pilihan banyak, harga jauh lebih murah, barangan segar.
Parking lot banyak tetapi masih ramai yang parking sesuka hati menyebabkan kesesakan di bahagian belakang pasar.
Waktu operasi : Setiap hari dari selepas Subuh ~ tengahari
- ikan / ayam / daging
- barangan runcit
- sayur-sayuran
- buah-buahan
- kuih-muih
- gerai menjamu selera (minuman, nasi, lauk-pauk)
- gerai menjual kain, baju, permainan kanak-kanak
Pasar Binjai
4 batu dari bandar Chukai, lebih kecil, pilihan barangan agak terhad.
Gerai menjual kuih-muih sangat meriah. Pilihan banyak, ada yang masih suam, ada yang baru diangkat dari kuali. Rambang mata dibuatnya :-) Best! Macam pasar malam pulak. Ada juga ayam goreng salut tepung, keropok, satar, ABC, cendol & banyak lagi.
Waktu operasi : Setiap hari pada waktu petang selepas Asar ~ sebelum Maghrib
- ikan / ayam
- barangan runcit
- sayur-sayuran
- buah-buahan
- kuih-muih
- ada kedai untuk minum petang
********************************
Jadi, jika anda terlepas untuk pergi ke Pasar Besar Chukai di waktu pagi, pergilah ke Pasar Binjai di waktu petang. Sekurang-kurangnya anda masih boleh membeli dengan harga yang agak murah berbanding pasaraya walaupun mungkin tidak semua barang yang anda inginkan ada.
No comments:
Post a Comment